? ??????????????Fight Club Movie? ????? ?? ???Rating: 3.8 (43 Ratings)??45 Grabs Today. 4737 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Smallville? ????? ?? ???Rating: 3.9 (117 Ratings)??44 Grabs Today. 5185 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 2, 2010

Malaysian chooper ?

Nice ride !



2 March 2010 , 6.30 pm , Blik dari ofis aku terima panggilan dari wife dan daddy tersyg . Daddy nak News Straits Times manakala wife lak nak apom blik yg kecil dan crispy ( ada sorang lagi yg minat apom blik ni , hehehehe ) .


So menyinggah la aku di kawasan Sunshine Bayan Baru sbb di situ ada semua benda yg aku cari d samping boleh la aku nak atm yg terdekat sbb poket pun dah nak berlubang lak.


Terpacul aku melihat motosikal ni ( ingatkan america je yg ada chopper , malaysia pun dh ada rupanya ) Mmg kelas la mamat ni walaupun nampak pudar motor ni tapi artwork nya cukup tinggi bukan senang nak buat motor mcm ni ( chasis apa lu pakai bro ? )


Enjin Honda jer tu..............

Weekend !

Faris tgh menyiapkan order org ramai !

28 Feb 2010( ada apa dgn tarikh ni erk?) 6 pm terasa lapar yg amat sgt , sapa pun x ada d umah , kwn2 pun x ada d umah ( dok serumah ka depa dgn aku )

Dengan smartnya aku bersiap dan terus naik moto aku ( berminggu2 x start ) menuju ke stall burger milik pak saudara aku yg terdekat dgn harapan nak melepak dan menjamu selera , as usual menu yg menjadi pilihan oblong egg daging tanpa sayur . Bila sampai nampak la cousin aku ni , faris tersengeh2 sambil menyiapkan santapan org lain .

Lazat bangat oblong ni.........

Sunday, February 21, 2010

Where 2 ?


21 hb 2010 , 10 pm , selepas mengambil abil dari umah mertua aku di Feringghi aku menerima panggilan telefon dari sahabat aku , syed nazri a.k.a panjang dan farid a.k.a mamu ( mmg dh dapat title ni sejak azali lagi , aku pun ada gak title aku sendiri ! ) yang mana as usual mengajak aku utk kluar minum , makan dan berborak ttg isu semasa ( x ada yg semasa pun semuanya berkisar ttg diri kami jugak ! ) . Selepas meronda sekitar Bayan Baru akhirnya aku terpaksa akur gak dgn tempat yg telah dicadangkan iaitu Nasi Ayam Periuk Besar Restoran , x la jauh sgt dari umah tp tempat ni nampak eksklusif la skit .


Sebenarnya aku dh mkn tp setakat nak minum cappucino ice tu no hal lagi , perbualan kami hanyalah berkisar kehidupan kami d sini , kwn2 yg lain2 dan agenda masa depan .


Rata2 kwn2 yg aku berkwn skrang semua memahami aku dan aku bersyukur dgn kehadiran diaorg tp dlm masa yg sama masih ada segelintir yg masih tidak dpt menilai erti persahabatan , siapakah mereka ? ( Tepuk dada dan tanyalah selera ! ) Di cari semasa susah apabila senang di buang , bercakap lebih kurang sehingga menyakitkan hati , aku ni x ada perasaan langsung ka sampai di perbuat begitu . Jauh di sudut hati aku ni menyakiti hati mereka tp pabila aku mendiamkan diri mcm2 tohmahan di lemparkan , inikah balasan diaorg kepada aku ?


Sesungguhnya berdiam diri lebih baik dari terus menghina ataupun mencaci diaorg ! Itu jalan yg aku pilih.............


Friday, February 19, 2010

Special Entry : Al fatihah ......


Bacaan talkin yg di perdengarkan

Hadirnya sanak saudara dan sahabat handai


Di RR Bukit Merah



18 hb Feb 2010 , 6.30 pm , Selepas pulang dari kerja spt biasa , aku menerima panggilan dari cousin aku dari Ipoh yang mak saudara aku telah tenat . Masing2 x senang duduk semasa tu termasuk aku sendiri.

Selepas sejam kemudian , cousin aku call kembali mengatakan yg ibu saudara ku telah TIADA , mcm nak gelap jer rasanya dunia , walaupun mak sedara , beliu x pernah membezakan kami semua anak2 sedaranya . ku cuba hubungi sebanyak saudara mara , rakan taulan yg mengenali allahyarhamah .

Selepas maghrib , aku bergerak menghantar anak ku pulang ke kg dulu walaupun bapa ku x setuju , bukannya apa sbb kematian ( x nak la aku biarkan dia berlari x tentu fasal , kalau kenduri kwin lain la jugak ! )

Dari Plaza tol Juru jam 10.30 pm , aku sampai di Simpang Pulai jam 12.30 am , masa sampai tu dh penuh dgn sanak saudara yg terdekat .

Jenazah di kebumikan pada esk harinya 19hb 2010 jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Rapat Setia kalau aku x silap .

Disini aku nak mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada ahli keluarga yg terdekat , rakan2 dan bekas2 kakitangan seliaan allahyarhamah ( en zul , asrul dan poi (menyediakan khemah) )

Sebagai anak sedara yg paling besar didalam keluarga sebelah ibuku , allahyarhamah merupakan adik kepada ibuku , dia faham apa yg kami berdua nak selalunya ( aku dan sepupuku) ! kehilangannya akan kami rasai . Kepada cousin ku , Shamsul Ariff dan Norfaezah , aku sentiasa berada di belakang kamu utk membantu ( Juz pick the phone ! ) .

Akhir sekali Alfatihah buat ibu saudara ku yg tercinta , Pn Salmiah Bt Md Zain yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 18hb Feb 2010 , semoga rohnya di tempatkan bersama org2 yg beriman . Amin.......




Wednesday, February 17, 2010

Ujian oh ujian !!

miss bella tgh kontrol

man dan wan tgh memberi tumpuan


soalan yg tgh dijawab

18 hb 2010 , As semlm x dpt menjalankan ujian yg pertama , so pg ni dlm jam 11 pg aku terus menjalankan ujian aku yg pertama utk sesi ni

Hanya 24 pelatih saja yg mengambil bahagian sementara 2 org lagi masih berkongsi fa cai...... . Ada yg berpendapat soalan2 nya agak mengelirukan ( as usual la , mana ujian yg mudah kan ! )

Selepas selesai menilai markah ujian so hanya 7 org ( kalau campur dgn yg x ada menjadikan 9 org ) yg gagal ujian pada kali ni .

Jgn bimbang adik2 ada lagi ulangan buat kali ke 2.

Back 2 work !

Tgh asyik menengok software yg latest !

17 hb 2010 , 8 am dh back 2 work , sepatutnya pg ni aku kena buat ujian dgn student aku tp ada lak yg masih ber gong xi fa cai x habis lagi terpaksa delay la lagi , maybe esk kot .

So pg ni di ofis hanya aku , Pn Su dan Cik Mul saja yg ada d ofis , Pn Mas kena berkursus di KL selama 2 minggu . Cik Khairil lak sedang bercuti di Sabah bersama isterinya ( kasi la chance ! ).

Mmg kalau cik khairil x ada maka terpaksa la aku mkn tghari jer , sbb kalau dia ada pg2 dh melahap nasi kat Kak Pah ( hidup Kak Pah ! Ayam goreng Kak mmg sempol ! )

Menjelalang rehat pagi aku menerima tetamu bukan org lain pun , sorang sedara aku gak bersama bekas pelajar kat sini yg saja dtg bertanya khabar aku......... .

Tuesday, February 16, 2010

Completting the Task !

Hasil yg sudah di pasang

Produk yg dh siap


Workshop y di pinjam


Muka yg letih tp berpuashati



Brake caliper yg nak di spray


16 Feb 2010 , selepas rutin harian pg as usual , aku lepakan diri di kedai mamak dekat dgn area USM sebelum nak g pick up mr kittblack dalam pkl 11 pg


Dlm pkl 11 , aku pun terus pick up mr kitt dan terus ke workshop kwnya yg terletak d kawasan Bt Maung , cuaca mmg panas gila tp x menghalang kami dari nak merealisasikan projek kami.


X adala pic kami tgh membuat kerja sbb bila masa nak snap pic kalau tgn dh penuh dgn hand tools yg lain. By the way thanks to the owner of the workshop 4 bagi pinjam equipment dia kat kami berdua . Sempat gak dia promote brake shoe yg baru jenama bendix ( titanium edition ) . Insyallah barai yg tgh aku gunakan ni aku , akan sampai la aku kat kedai hang lak !

Monday, February 15, 2010

Anak ku pulang dari KL !



15hb Feb 2010 , 9.30 mlm , nabil baru blik dari kl dgn parents aku , mmg muka nampak mcm x excited bila tgk muka aku dan maknya . Ditanya apa yg di buatnya di KL ? Dia pun jwb dgn bla2...... as usual la .

Bila blik darimana mana pun ada lah mainan yg ada di tangan nya , cuma kali ni eduacational stuff mcm papan lukis , so aku dgn dia pun do some drawing together ( kebanyakannya motorsikal le , sbb nabil ni into choppers alot since aku dh pasang discovery turbo 734 di umah ni) . Apa2 pun a good sign nampaknya sbb dia minat drawing..........


Celoq 2 !!












15 Feb 2010 , 8 mlm , Dari Penang Time Square , kami berdua ke Astaka Padang Broom yang x jauh dari situ dan tujuan hanyalah 1 , makan mlm kami .

Padang Broom mmg famous dgn makanan celoq2 ataupun satay rebusnya sbb 1 stall jer yg menyediakan makanan seumpama ini iaitu stall Pak Majid . Aku pun x berapa suka sgt sebenarnya tp dh wife aku ni teringin sgt so belasah jer la . Aku sempat order chicken chop sbb nampak mcm best jer .

Dalam masa menjamu selera tu terserempak dgn nenek saudara aku ( tok mummy ) dan auntie2 aku tgh mkn d situ .
Celoq2 ni harganya based on 1 cucuk rm 1 ! Murah x ? Mahal kan kalau nak dibanding kan dgn satay tp sbb variety sataynya mcm ketam , fishball , fishcake dan mcm2 lagi yg ada......... .

Penang Time Square !












15 hb 2010 , 6 pm , Dlm kepanasan ptg yg boleh tahan teringin gak aku nak masuk shopping complex yg org2 Penang tgh berkata kononnya boleh mengalahkan QB ( QueensbayMall ) , d buka pada 6 FEB lalu tp hampeh sbb byk lot2 kedai x disewa oleh peniaga .


Yg unik nya sbb bagunan shopping complex ni attach sekali kediaman mewah ( apartment ) di kawasan ini . Mayb now sbb baru x berapa meriah lagi hanya dipenuhi dgn pendatang asing mungkin 5 atau 6 bulan lagi ia akan menjadi tarikan pelancung ke Penang.....

Rock shop !
















15 Feb 2010 , 5.30 pm , aku as usual menunggu wife aku d sini , d rock shop ni le , boleh dikatakan hampir kesemua staff di sini dh kenal aku dan wife aku tp x pernah pun aku beli baju utk aku sendiri sbb nampak design2 nya x berapa cun lagipun harganya juga mahal . Bukan x pernah beli , ada gak beli utk bapa aku , anak sedara aku , sorfina dan anak aku sendiri , nabil . Malang sekali x leh nak snap pic dalaman rock shop ni d sebabkan ada org atas hotel ni tgh survey shop ni , aku sempat ambik ambik luar jer , mayb next time cafe nya pulak menjadi sasaran aku.........

Sunday, February 14, 2010

Cancelled !

Jap td masa aku kerumah mr kittblack , berbincang dgnya ttg projek kereta aku utk pg ni terpaksa di tangguhkan due kerana kitt nak hantar adiknya ke bustop pada jam 1.00 tgh . Lgpun byk masalah yg kami dapati utk merealisasikan projek kami pd pg ni.....salah satu nya x cukup alat.
So kami berdua decide esk pagi jer nak teruskan projek since aku dan dia masih bercuti . Lgpun dia dh call workshop kwn dia kata nak pinjam workshop jap ( hebatkan bukan nak pinjam alat tp nak pinjam workshop terus , hahahah ! ) . Projek ni x ada apala sgt tp since blog ni diadakan utk nak menceritakan kegiatan harian aku so aku cerita la....... .
Mr Kitt ni mmg kamceng dgn aku since 95 masa kami sekelas until now , walaupun berlainan bangsa dan agama still he's a loyal n a trust worthy person yg boleh aku percaya dan harapkan lgpun dia berkwn dgn byk budak melayu dari bangsanya sendiri.....pelik bukan tp benar........ .

MAKAN MALAM










Not 2 expensive bt simple dan mengenyangkan , selalunya apa yg aku mkn ler , selepas meronda di QB , terus aku dan isteri ke sebuah tomyam yang diberi nama Aziz Tomyam ( mcm nama pak sedara aku lak !)yang tak jauh dari umah tp berdekatan dgn sebuah tokong yg merupakan salah sebuah tarikan pelancung di kawasan Penang ni , iaitu Tokong Ular ( ular semua bukan besar pun , ular lidi jer ! ) . Mlm mmg tokong ni x buka ler .


Berbalik pada mkn malam kami , aku makan nasi putih , sup ayam , khailan ikan masin , sotong tepung dan asam ais manakala isteri aku la dgn western menu dia black pepper chicken chop dan carrot susu sebagai minuman.......So esk pagi selepas menghantar wife aku ke tempat kerja , aku ada appoitment dgn kwn baik aku dari sek men lagi , Mr Kittblack ( nama samaran ) utk kerja2 mencantikan kereta......so stay tuned !

CNY !




Gong Xi Fa Cai ! Aku ucapkan kepada kawan2 yang berbangsa cina (walaupun ada yg dh beragama islam sbb kwin dgn org melayu) dan x lupa juga kepada ibu dan ayah angkat aku yg berbangsa cina ( x g pun umah diaorg tp bila diaorg open 4 business mesti aku pegi ke kedai diaorg dan mesti nabil dapat ang pow sbb "papi"nya dh x boleh dpt , ahaks ! ) .
Kelmarin ptg selepas mengambil wife aku pulang dari kerja , tertanya2 la "Kemana selepas ni? "
So selepas discussion kecik yg telah di bincangkan aku dgn wife aku setuju utk ke QB ( Queensbay Mall ) yg x jauh dari umah kami , hanya dlm 1 km jer . Mula2 tu malas la jugak sbb takut x ada parking , usually bila musim perayaan ni penuh dgn org shopping ataupun bersiar2 tp aku redah jer.Alhamdullilah ada gak parking tp x byk pic yg sempat di snap !

Bila Bt Feringghi Jammed !


Dh menjadi kebiasaan apabila musim perayaan , mmg jln di kawasan ni jammed jadinya , masalahnya x ada jln alternatif yg lain itulah sebabnya kawasan ni jadi masalah , kebas kaki aku mengawal pedal , almaklum la kereta manual apa2 pun sempat sampai gak hari ni utk mengambil isteri pulang dari kerja.......

Selamat pengantin baru lagi !


Kalau ikutkan ni , hari ni aku demam lagi , sbb cuaca yg panas disekitar Penang ni tp d sebabkan jemputan dh lama dpt , kenala pegi jugak lgpun dh lama aku x jumpa kwn sekelas aku ni semasa d Perlis . Kalau nak diceritakan x jumpa ni mmg dh lama , dlm 9 tahun dh , akhirnya Pn Hazirah bt Hassan a.k.a Azie selamat bergelar isteri kepada jejaka idamannya dari Terengganu , Kamaruddin . Semoga berbahagia ke anak cucu.....

Saturday, February 13, 2010



T shirt kegemaran

Since dulu2 lagi aku mmg suka kan t shirt yg mempunyai corak2 kartun especially kartun2 yg aku minati semasa kecil . Inilah sebahagian daripadanya yg aku suka pakai now. Mcm kartun tukang masak ni sebenarnya Valentino Rossi ( juara motogp dunia ). Baju ni aku dapat masa birthday aku tahun lepas pemberian kwn baik aku di area umah , farid mydin , yg long sleeve tu maybe budak2 sekarang dh x kenal kartun ni tp back in the 90s kartun ni mmg famous gila di tv , ninja turtles .

Dimana wife aku keje ?


Mmg jauh kalau nak dikirakan jarak tp dh sbb itu yg wife aku suka so aku x menghalang.Now days kalau sorang keje mana cukup kan ? Hotel Hard Rock Penang dibuka kalau x silap aku masa hari raya tahun sudah tp sebelum 2 pun aku dh menginap tp ada perancangan nak duduk lagi kat c 2 . X tahu la berapa bintang hotel ni tp now mmg yg terbaik dalam island penang ni . X sempat la nak snap pic dalaman nya tp mmg hotel ni mmg kelas sbb ada cafe dan rock shop nya yg tersendiri dan x ketinggalan artis2 yg pernah dtg spt man keedal , maya karin dan aizat .

Rutin mingguan


Morning everyone , pg yg indah tp as usual drivin 30 km from bayan baru ke bt feringghi x pernah boring bagi aku utk menghantar is3 ke tempat kerja , since pg ni chinese new year so traffic mmg best tp the best road is this road yg aku letak kan bersama posting blog aku ni.Masa mula2 aku pass lesesn dulu , jln ni la aku trained utk drivin tp disebalik jln ni pun ada misterinya yg tersendiri . Kononnya berpuaka jln yg aku lalui . Tp aku redah jer x kira masa kalau perlu ( selalunya mmg perlu pun sbb boleh safe 4 traffic light kalau ikut jln asal ) .

Bowling dgn 2nd family !


Pada tanggal 12hb Feb 2010 , bos aku mengajak kami semua rakan2 ofis yg terdekat utk 1 permainan bowling utk mengasah bakat yg sedia ada. Dh lama sebenarnya aku x main.......tp cuba gak sbb dh di pelawa...... . So selepas solat jumaat kami pun beramai2 terus ke sebuah bowling centre di kawasan Bukit Jambul ( depan umah jer ! ) . Kesian gak partner aku ni , Pn Mas Ayu dan En Khairil sbb dok mencari teknik yg sesuai utk menjatuhkan pin bowl . Apapun hadiah yg disediakan x sia2 sbb ofis aku juara pada kali ni.......(btul ke?)

Maksud "2nd family" diatas adalah keluarga aku di tempat bekerja.......sbb kami kerja bukannya ramai pun , 5 org so lebih kurang mcm sebuah keluarga.

Apa hal dgn nama takumi?


Spt tajuk dan url blog aku ni.....mungkin ada yg tahu salasilah nama ni berasal darimana.....takumi adalah watak dari sebuah anime jepun yg aku minati iaitu "initial - d " . Mmg masa 1 time TV3 tygkan anime ni aku mmg fanatik habis . Dan since beberapa thn sudah aku ada join 1 kelab kereta ni mmg inilah nama panggilan aku didalam forum tersebut.Mmg nampak "childish " tp kesimpulannya karekter ni mmg superb dan jln cerita anime ni mmg x pernah buat aku bosan......skarang anak aku lak , nabil lak menjadi penonton setia set dvd simpanan aku ni....siap dgn suruh aku pilih kereta mana nak lumba.....,ahaks ! Still favourite aku ialah ae-86 sebagai pilihan........

Car wash !


X spt sesetangah org lagi suka menghabiskan duit dgn membasuh kereta di kedai cuci tp aku lagi suka menghabiskan masa basuh sendiri..... , almaklum la kena la berjimat cermat . Kdg2 tu basuh gak d kedai bukan sbb apa , kalau d umah ni kalau ada anak sulung aku ni x jadi la nak membasuh.

Bercerita ttg kereta aku suka kereta yg kemas walaupun colour dh pudar tp masih bersih di bhg luar dan dalam......entah kadang2 aku x suka mcm kesan jari,kesan makanan anak2 dan cap jari yg melekat di cermin kereta.

Mungkin inilah sifat aku dari azali sukakan kebersihan dan kekemasan........

Friday, February 12, 2010

Selamat pengantin baru !


Suppossed aku berada di kl pada hari ni sbb sepupu aku , saudara Azim Abdul Malek akan mengadakan kenduri esk hari 14hb 2010 dgn isteri tersyg nya Pn Sabrina dari Johor , apa2 pun aku dh berjanji kat azim sekiranya dia blik ke penang aku nak bwk dia g "round island" , estimate kilometer dlm linkungan 60 km jer..... , reason aku x g sbb wife aku dlm keadaan x sesuai utk perjalanan jauh sbb pregnancy nya....... , apa2 pun aku ucapkan "Selamat Pengantin baru " buat mereka berdua....... !

Sapa org ni ?


Masih terkehel2 dalam nak posting tp x apa , mcmana nak menjadi kalau x mencuba..... , nothing much still aku masih mencuba nak mengupload pic utk tontonan umum..... , aku mulakan dgn pic sebagai pengenalan diri semasa berkursus di Kuala Lumpur pada julai thn sudah..... , rugged x?

THE 1 POST !!

Basically x ada apa2 pun yg nak di ceritakan,creating this blog cuma utk suka2 jer,mungkin ada yg kenal aku dan mungkin ada yg x,tajuk blog ni pun cuma crita ttg aku dan org2 d sekeliling aku , juz 4 fun , in the early aged of 30s , aku rasa bersyukur dgn apa yg dh dikurniakan,keluarga,anak2(sbb dh nak masuk 2 dlm march) , karier dan kesihatan yg ok.
Dulu ada gak aku berdebat ttg isu blog ni , sbb bila di tanya apa fungsi blog ni , di jawab sama spt diary , so pada pandangan aku kalau dh d namakan diary x leh la crita dgn sapa2......tul x?
Since dh keje dlm IT line so lama2 aku nampak juga apa yg d namakan blog ni.......cuma rasa2 nya x perlu di rungkai ler sbb rasa2 tiap2 blogger ada tujuan nya d sini......
Kalau mengharapkan sesuatu yg lain d blog ni terpulang la pada masing2 utk menilai , mungkin paparan d sini x spt di blog2 yg lain......
Apa2 pun di harap2 comment yg munasabah dan membangun boleh d terima pakai oleh aku sendiri ..........So boys n gurls before aku mulakan dgn posting yg lain ( entah bila ! ) happy streaming this blog yg x seberapa n sincere dari aku...... !